Assalammualaikum....
Secebis coretan utk anakanda umi....
14 Jun lepas genap setahun usia Qaisara. Teringat detik2 umi melahirkan Qaisara... Ikut perkiraan doktor,umi sepatutnya lahirkan Qaisara 5 Julai 2011,tapi nampaknya Qaisara x sabar nak tgk dunia luar. Pukul 3.00 pagi Qaisara dah bagi signal...Berkali2 umi buang air kecil,ingatkan umi akan mgalami masalah pundi kecing sbb terlalu kerap buang air kecil,rupanya itu air ketuban... Pukul 6.00 pagi baru abah selesai duty,pukul 6.30 pagi baru abah hantar umi ke HUKM,doktor check & pintu rahim dah terbuka 2cm, lantas umi di hantar ke wad.
Masa dlm wad umi x duduk diam, habis 1 wad umi jelajah,kononya kalau banyak berjalan akan memudahkan umi melahirkan qaisara. Pukul 12 bukaan rahim baru 4 cm. Tanda2 sakit belum ada,umi dah makin risau sgt. Pukul 3 ptg bukaan still sama. Pukul 5 ptg doktor buat keputusan umi kena melahirkan qaisara secepat yg mungkin sebab air ketuban umi makin berkurangan,umi dimasukkan ke labour room.
Umi diberi ubat untuk memudahkan anak umi tgk dunia luar,tapi umi x rasa apa2 kesakitan. Doktor & nurse makin panik sebab umi x menunjukkan sakit nak bersalin,air ketuban pula makin kurang, sekali lagi umi diberi ubat. Selepas itu bermulalah perjalanan perit bagi umi utk melahirkan qaisara. Kejap sakit & kejap sakit tu hilang. Walaupun sakit umi sempat lagi tidur di labour room, hampir 1 jam umi tanggung kontraksi & nurse kejutkan umi dari tidur,katanya bukaan dah 9cm, ini bermakna masanya sudah tiba.
Pukul 8.05 malam,doktor yg akan myambut kelahiran qaisara masuk ke labour room dan memberitahu umi dah boleh bersalin dah, hanya dengan 3x push anak umi dgn mudah keluar dr perut umi tepat pukul 8.10 malam. Abah yang setia menemani umi di labour room tersenyum melihat zuriat pertamanya... Lepas qaisara dicuci, abah qamatkan qaisara. Alhamdulilah, umi x sangka sebegitu mudah anak umi lahir ke dunia. Tanggal 14 jun 2011, jam 8.10 malam,bermulalah kehidupan baru buat umi, abah & Nur Qaisara Dayana.....
Kini, Qaisara dah setahun menjadi penyambung kasih sayang umi dan abah. Selama setahun jugaklah umi melayan pelbagai kerenah qaisara, kadang kala memang menguji kesabaran umi tapi bagi umi semua tu indah sehinggalah ke saat ini. Tiada apa yg mampu umi bagi utk qaisara melainkan curahan kasih sayang. Umi sentiasa berdoa semoga qaisara menjadi anak yg soleh, menjadi seorang yg berjaya di dunia & akhirat.
Setahun yg akan datang masih belum tahu apa ceritanya,masih belum pasti apakah umi masih ada di muka bumi ini untuk menulis semua kisah qaisara & resipi makanan kegemaran umi dan abah,tapi apa yg pasti kasih sayang ini tetap utuh biarpun tahun mendatang qaisara membaca belog umi tanpa umi disisi. Selamat Hari Lahir Sayang ku Nur Qaisara Dayana Bt Noor Nashreq...