Sunday, October 24, 2010

~PuasKah Siti SayangKu?~

0 comments
Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.
3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih...lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.

"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.

"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.

"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?"

Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan...

'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."

"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."

"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."

"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."

"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."

"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."

"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."

"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."

"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."

"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti."

"Puaskah Siti sayangku..?"

"Jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia."

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

frm:jom sayang

Monday, September 6, 2010

Doa Seorang Kekasih

0 comments
Ya Allah....

Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi...

Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan.... dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku....
Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan.... Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti....
Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia...
Walaupun tanpa bersama dengannya...

Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang.... Tumbuhkanlah kembali yang telah patah...
Walaupun tidak sama dengan dirinya... Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu...
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku.... kerana engkau maha mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...

Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku... Di dunia dan di akhirat...
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran...

Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup...

Hamba-Mu

Monday, August 2, 2010

~Harapan Ramadhan~

0 comments
Ku mengharapkan Ramadhan

kali ini penuh makna

agar dapat ku lalui

dengan sempurna


selangkah demi selangkah

setahun sudah pun berlalu

masa yang pantas berlalu

hingga tak terasa ku berada

di bulan Ramadhan semula


puasa satu amalan

sebagaimana yang diperintahNYA

moga dapat ku lenturkan

nafsu yang membelenggu diri ini

tiada henti-henti


tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja

Tuhan pimpinkan daku yang lemah

mengharungi segalanya dengan sabar

kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan

ku merayu pada Tuhan diterima amalan


selangkah demi selangkah

dengan rahmatMU oh Tuhanku

ku tempuh jua

~RAMADHAN-Aku Terlalu MerinduiMU

0 comments
Salam...dah lama aku x update blog neh... agak berusang dah ha... seb bek x dak 'spider'... diam x diam,sedaq x sedaq la neh kita dah terjah bulan Syaaban dah... sat ja masa berlalu...


"Aku tersangat merinduinya"


#apakah mungkin akanku bertemu dengannya kali ini?

#apakah yg harus aku pakai untuk bertemu dengannya?

#cukupkah hanya ala kadar @ berhias secantik mungkin?


cukup lama aku tak bertemu dengannya. Apakah aku dah melupakannya? mungkinkah saat untuk bertemu dengannya dah x lama lagi...


kadang2 aku terpikiaq...apa yang aku buat sepanjang ketiadaannya? makin lekakah aku? makin alpakah aku?makin terukkah akuuu??? Adakah aku cuma baek masa dalam dakapannya? arghhhhhhh teruknya aku...


Aku nak sentiasa baek walaupun masa berlalu pergi...

Aku x mau berpura2...

Aku x mau gagal...

Tapi...

Betapa susahnya nak Istiqamah nak buat semua neh...

Ujian yang datang buat aku terleka...


Ya Allah, sampaikanlah aku pada bulan Ramadhan...

Andai ini Ramadhan terakhir untukku...

Semoga ia lebeh baik daripada yang sebelumnya...


-Amin-


Friday, June 25, 2010

~JaNgan TerLalu MenCarI KesempUrNaaN~

0 comments
Jika kita memancing ikan...
Setelah ikan itu terlekad di mata kail, hendaklah kita mengambil ikan itew...
Jangan sesekali kita MELEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saje...
kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisa ketajaman mata kail itew dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih idup...

begitulah juga....

setelah kita memberi HARAPAN pada seseorang...
setelah dia mula MENYAYANGI hendaklah kita MENJAGA HATInya...

jangan sesekali meninggalnya begitu saje...

kerana dia akan TERLUKA bersama kenangan yang diciptakan oleh kita dan x mungkin akan MELUAPAKAN selagi dia berdaya untuk mengingatinya...

Jika kita menadah air, biarlah berpada,jangan terlalu mengharap pada takungannya dan jangan menganggap ia begitu teguh...ckuplah sekadar KEPERLUAN kita... apabila sekali ia retak... tentu sukar untuk kita menampalnya semula... Akhirnya ia dibuang...

begitu jugalah jika kita memiliki seseorang,TERIMALAH seadanya... jangan kita terlalu mengaguminya dan janganlah kita menganggapnya ISTIMEWA...

anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah untuk kita menerimanya....
akhirnya kita KECEWA dan meninggaalkannya...

Sedangkan jika kita MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan itew akan terus KEKAL sepanjang hayat...

Jika kita MEMILIKI sepinggan nasi...yang kita pasti baik untuk diri kita...mengenyangkan,berkhasiat...

Kenapa kita menlengahkan dengan mencari makanan yg LAIN...

lumrah sifat manusia,akibat terlalu ingin mengejar KELAZATAN...

kelak nasi itu akan basi,dan akibatnya kita x dapat memakannya...

kita jugak yang MENYESAL...

begitu jugak kalau kita bertemu dengan seorang insan...

yang pasti membawa KEBAIKAN kpd kita,MENYANYANGI,MENGASIHI...

kenapa perlu kita berlengah... cuba pulak MEMBANDINGKAN dengan yang lain...

itu kerana terlalu mengejar KESEMPURNAAN...

kelak kita akan KEHILANGANNYA... apabila dia menjadi milik orang lain...

kita jugak yang MENYESAL...




ITULAH KERANA TERLALU MENCARI KESEMPURNAAN....



 

cikchoclare Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template